REFLEKSI DIRI
NAMA: ADIBAH LINA BINTI ASWADI
NO ID: IDA22-08-003
KELAS: DIA 2A
Saya Adibah Lina Binti Aswadi, merupakan pelajar dari Kolej Profesional Mara Indera Mahkota,ingin berkongsi tentang refleksi diri saya sepanjang pembelajaran KQK 1051.
Saya merupakan pelajar dari kelas DIA2A. Di semester kali ini,iaitu semester yang kedua,dalam tugasan pertama, saya harus mereka poster berdasarkan tajuk yang telah saya pilih,iaitu diet pemakanan seimbang. Tugasan ini merupakan tugasan individu. Bakat mengedit saya bertamabah baik melalui tugasan ini. Saya telah meneroka pelbagai gaya edit yang boleh saya aplikasi dalam tugasan saya yang lain. Setelah selesai mereka poster, saya ditugaskan untuk membuat pembentangan tentang poster tersebut. Tugasan ini telah melatih saya untuk lebih berani ketika tampil di khalayak ramai.
Seterusnya, dalam tugasan kedua pula, tugasan yang diberi kepada saya adalah membuat slide atau presentation berdasarkan poster yang telah direka dalam tugasan pertama sebelum ini. Tugasan ini juga merupakan tugasan individu.Untuk pengetahuan semua,diet yang seimbang bukanlah hanya setakat tidak memakan nasi selama beberpa hari. Namun diet yang seimbang haruslah mengandungi nutrien yang lengkap untuk tubuh badan. Oleh kerana itu, saya telah mencadangkan 5 makanan yang baik sekiranya terdapat kawan saya yang ingin mengamalkan diet secara seimbang.Saya juga dapat belajar daripada presentation kawan saya yang lain.
Tugasan yang ketiga pula ialah melakukan video aerodance.Tugasan ini merupakan tugasan berkumpulan. Video yang dihasilkan hendakhlah berdurasi 5-8 minit. Kawan-kawan saya dan saya perlu bekerjasama untuk memenuhi kriteria yang telah ditetapkan. Dalam tugasan ini saya mengeluarkan banyak peluh sambil melakukan video aerodance. Saya juga dapat mengenali kawan- kawan saya dengan lebih mendalam dan pada masa yang sama, hubungan sesama kami bertambah erat.
Pelbagai kelebihan yang telah saya perolehi. Antaranya ialah, saya dapat menambah ilmu ketika saya melakukan pencarian untuk tajuk poster saya, iaitu diet pemakanan seimbang. Saya juga dapat ilmu daripada presentation kawan-kawan saya. Sebagai contoh, pengetahuan tentang jenis darah yang mengalir dalam badan kita. Dengan semua tugasan yang diberikan, dapat saya simpulkan bahawa tugasan ini betul-betul mengajar saya dari aspek penggunaan teknologi dan lebih-lebih lagi sekarang kita berada di abad ke-21. Dengan menggunakan teknologi kini, saya dapat menyediapkan tugas yang diberikan dengan baik.
Namun begitu, terdapat satu kelemahan daripada projek ini. Sepanjang pembelajaran ini, saya hanya melakukan senaman ketika merekod video aerodance. Saya kurang melakukan aktiviti fizikal selain daripada aerodance ini. Saya banyak menghabiskan masa menghadap laptop untuk melihat presentation oleh kawan-kawan saya. Oleh itu, saya ingin mencadangkan penambahbaikan untuk pembelajaran KQK1051. Saya ingin mencadangkan supaya melakukan lebih banyak aktiviti fizikal seperti berlari di padang.
Sekian sahaja refleksi diri daripada saya. Sebelum saya menutup tirai, saya ingin menyusun jari memohon maaf kepada Madam Nuha sekiranya saya ada terkasar bahasa, tersilap bicara dan sebagainya. Saya juga ingin mengucapkan terima kasih yang tak terhingga kepada madam Nuha kerana telah memantau tugasan kami sepanjang pembelajaran KQK 1051 ini sehingga kami semua selesai menyempurnakan tugasan dalam subjek ini.
Comments
Post a Comment